R

GAMBAR TRIP 22 MAC 2011 - YIWU CHINA

trip-22-mac

BERITA TERKINI!!!

KURSUS BORONG KE YIWU CHINA DAN PENGENALAN IMPORT EXPORT

AKAN DI ADAKAN PADA Masa akan ditetapkan

TEMPAT: PUSAT BELIA ANTARA BANGSA CHERAS

INTERNATIONAL YOUTH CENTRE
(PUSAT BELIA ANTARABANGSA)

Jalan Yaacob Latif,
Bandar Tun Razak,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur,
Malaysia.

Yuran Kursus : RM 280

Hubungi :

Rizanie 0162259059 ( Admin)

TEMPAT ADALAH TERHAD!!!!!!!

pic-gif-1

TAWARAN


HEBAT!!!!


TIKET MASUK PERCUMA….Bagi perserta yang mendaftar secara berkumpulan (5 orang) tak termasuk diri sendiri.

Sebelum 11 april  2011.

Daftarlah sekarang…. Mungkin ramai yang pernah sampai ke china namun tak ramai yang betul betul berjaya mendapatkan harga yang terendah untuk barangan yang di bawa balik ke malaysia, Mungkin juga ada yang telah pun pernah mengimport sendiri barangan dari Negara china namun persoalan nya  ” Adakah anda memborong dari ejen atau pun belian terus dari kilang dan seterusnya anda betul betul dapat harga kilang?”

Dan tak kurang juga ramai yang di tipu!!!!!! awas!!!!!!

Dalam kursus ini anda akan di dedahkan cara yang betul dan juga mengenal pasti tempat yang betul untuk memborong di Negara China. Anda Juga akan belajar cara untuk mengurus barangan untuk di Hantar Ke malaysia dengan kos yang paling minimum.Disamping itu juga anda akan di dedahkan Cara mudah untuk membuat perniagaan Antrabangsa ( Import eksport).

mapiyc

Pengenalan kepada Yiwu Futian International market

PENGENALAN
Yiwu adalah sebuah Bandar di dalam kawasan Zhenjiang, China. Negara China sangat besar lagi luas oleh itu Kerajaan China telah mewujudkan konsep 1 wilayah 1 industri. Ini bermakna wilayah Foshan di paling selatan China adalah kawasan barangan berasaskan kayu kayan dan Tianjin di utara adalah pembuat barangan berasas logam. Jarak antara dua bandar ini adalah 2,600km. Di Shenzhen pula adalah pusat peralatan elektonik dan di Taizhou di barat daya China adalah Bandar barangan plastic. Jarak antara bandar2 ini adalah beribu km. Sebagai satu aras tanda, Jarak Kuala lumpur ke Kota Kinabalu adalah 1,600km.
Di sebabkan lokasi Bandar Yiwu ini adalah berada di tengah2 negara China maka kerajaan China membina satu kompleks seluas 5 KM radius setinggi 4 tingkat untuk menjadi one stop centre bagi semua peniaga seluruh China. Maka seluruh peniaga dan pengeluar barangan dari semua pelusuk wilayah di China akan berada di Yiwu trade city untuk urusan jual beli.
Pada asalnya, Yiwu trade city adalah khusus untuk pemborong tempatan sahaja tetapi sejak 5 tahun ini, Yiwu trade city sudah di iktiraf kerajaan dan menukar nama kompleks tersebut dengan nama Yiwu international Trade City. Dan kerajaan China terus membina sambungan kompleks ini dan sehingga kini masih lagi kerja2 menambah bangunan di sambung .
Yiwu international Trade city adalah sebuah bangunan seluas 5KM radius setinggi 4 tingkat. Buat masa ini dengan kapisiti 94,000 pekedai . Sebagai satu gambaran, Jika anda melawat setiap kedai selama 1 minit anda perlukan 65.5 hari untuk menghabiskan semua kedai! Itupun kalau anda boleh berjaga 24jam selama 65 hari.
Plan Skematik Distric 1
Yiwu international Trade city dibahagikan kepada 5 district dengan setiap district mempunyai bangunan sendiri. Semua district ini bersambung antara satu sama lain. District pula dibahagi kepada sub section Setiap sub section adalah mewakili 1 product contohnya District 1 sub section A ground floor menjual barangan bunga plastic dan artificial. District 1 sub section B menjual flush toys.
Mengapa Yiwu trade city bukan Guangzhou


1. Semua barangan dari semua wilayah di China ada di sini dibawah satu bumbung. Guangzhou boleh dapat hampir semua barangan cuma berada di lokasi yg berbeza-beza.
2. Harga barangan lebih murah di yiwu dan pemborong di Guangzhou sendiri memborong di Yiwu.
3. Di sebabkan penduduk pribumi yiwu beragama Islam, maka makanan halal mudah didapati di Yiwu
4. Disebabkan kerajaan China mengiktiraf Yiwu sebagai International market maka keselamatan di beri keutamaan. Terdapat beribu2 kamera litar seluruh Bandar Yiwu dan kadar jenayah sangat rendah berbanding dengan wilayah lain.
china-trip-1-gif

JENIS JENIS PAKEJ BORONG KE YIWU CHINA 5 hari 4 malam


PAKEJ PENUH

- Visa

- Tiket Penerbangan Pergi dan Balik

- Pengangkutan Domestik ( Dari lapangan terbang Hangzhou ke YIWU pergi dan balik)

- Penginapan di Hotel 3 bintang

- Bimbingan pengiring berpengalaman

- Pengurusan penghantaran barang ke malaysia

Harga Pakej untuk Seorang : RM 2,660

Deposit Ketika Tempahan : RM 1,330.00 (50%)

Baki 50% Mesti Dijelaskan Selewat-lewatnya 3 Minggu Sebelum Tarikh Berlepas

-—————————————————————————————————————————————————————————-


PAKEJ GROUND

(tiket penerbangan di beli sendiri oleh peserta)

- visa

- pengangkutan Domestik (Dari lapangan Terbang Hangzhou ke YIWU pergi dan balik)

- penginapan di hotel 3 bintang

- bimbingan pengiring berpengalaman

- pengurusan penghantaran barang ke malaysia

Harga Pakej untuk Seorang : RM 1,690

Deposit Ketika Tempahan : RM 845.00 (50%)

Baki 50% Mesti Dijelaskan Selewat-lewatnya 3 Minggu Sebelum Tarikh Berlepas

——————————————————————————————————————————————————————————

JADUAL TRIP

20 MAy 2011

TEMPAH TEMPAT ANDA SEKARANG!!!!


TEMPAT ADALAH TERHAD!!!!!

——————————————————————————————————————————————————————————-


Tempahan

Tempahan hendaklah dibuat selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh berlepas. ianya tertakluk kepada kekosongan dan harga yang berbeza bergantung kepada keadaan semasa.

CAJ LEVI

Caj Levi sebanyak RM250 akan di kenakan kepada mana mana peserta yang gagal menjelaskan baki 50% 3 minggu sebelum berlepas. Caj ini

juga di kena kan kepada peserta yang mendaftar di saat akhir iaitu antara 3 minggu sebelum berlepas.

PERKHIDMATAN KAMI

Sebagai peserta pakej, kami menawarkan khidmat tunjuk-ajar dan nasihat bagaimana untuk menjadi pemborong yang berjaya seperti berikut;

1. Lawatan ke Pusat-Pusat Memborong yang betul.

Kami akan membawa anda ke pusat borong yang terbesar di dunia iaitu YIWU international trade market di mana anda akan merasa terpegun dengan keluasan selain dari kepelbagaian produk sehingga kita menjadi tidak tahu apa yang hendak di beli kerana terlampau banyak pilihan di samping tawaran Harga yang di beri amatlah murah berbanding di tempat lain.

2. Penghantaran Barang.

Urusan penghantaran boleh menjadi remeh dan tidak selamat sekiranya anda tidak mengenali agen penghantaran yang baik dan selamat. Kami akan menguruskan penghantaran barang sehingga ke depan pintu rumah anda dan anda tak perlu risau di tipu ejen yang tidak bertanggung jawab kerana kami akan menguruskan nya untuk anda dengan selamat..

3. Urusan Pengangkutan

Segala urusan pengangkutan anda di sini akan diuruskan oleh pihak kami.

4. Makan Minum

Kami akan membawa anda ketempat yang mudah untuk mendapat makan halal.

5. Penginapan

Anda akan ditempatkan di hotel yang selesa dan berdekatan dengan pusat borong sepanjang anda berada di sini.

6. Persediaan Anda

Kami akan memberikan nasihat tentang perkara-perkara yang perlu anda uruskan sebelum

memulakan perjalanan.Anda di galakkan menyertai kursus Yang kami anjurkan bagi memasitikan anda bersedia untuk berurusan di Yiwu China.

7. Tiket Kapalterbang Pergi dan Balik

Segala urusan penerbangan anda akan diuruskan oleh pihak kami. Anda juga di beri pilihan untuk menguruskan sendiri pembelian tiket penerbangan anda.

8. Pengalaman Kami

Tiada siapa yang lebih layak untuk membimbing anda untuk memborong di YIWU China kerana kami merupakan pasukan yang pakar dalam selok belok perniagaan di YIWU kerana kebanyakan Orang akan memilih untuk pergi Guangzhou untuk memborong. Kenapa kami memilih Yiwu kerana Ia adalah pusat borng yang terbesar dan sudah semestinya semua pengeluar tertumpu di YIWU.

9.. Khidmat nasihat selepas memborong,

Kami juga ada menganjurkan beberapa siri seminar pembangunan pernigaan dan juga motivasi bagi perserta yang berminat.

Info terkini juga boleh di dapati di :

tracking statistics
Jumlah Pelawat